Kerjaya antarabangsa Youri Tielemans

Tielemans sedang menjalani latihan bersama Belgium pada 2017.

Pada Jun 2015, Tielemans telah dipanggil oleh skuad senior Belgium untuk menghadapi aksi kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Wales.[23] Beliau akhirnya melakukan penampilan sulungnya untuk Belgium pada 9 November 2016 dalam aksi persahabatan menentang pesaing jiran, Belanda selepas beliau menggantikan Steven Defour pada minit ke-82.[24]

Tielemans telah disenaraikan ke dalam skuad Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia oleh pengurus Roberto Martínez.[25] Beliau telah beraksi dalam empat perlawanan, termasuklah ketika perlawanan penentu tempat ketiga menewaskan England 2-0.[26]

Tielemans menjaringkan gol sulungnya untuk Belgium pada 21 Mac 2019 ketika aksi kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Rusia.[27] Beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad UEFA Euro 2020 yang ditangguhkan ke Mei 2021.[28]

Rujukan

WikiPedia: Youri Tielemans http://static.belgianfootball.be/project/publiek/j... http://clubbrugge.be/en/news/game-reports/17958/cl... http://www.dhnet.be/sports/football/division-1a/ga... http://www.hln.be/hln/nl/1284/Anderlecht/article/d... http://www.hln.be/hln/nl/1284/Voetbal/article/deta... http://www.hln.be/hln/nl/1299/Ligue-1/article/deta... http://sporza.be/cm/sporza/matchcenter/mc_voetbal/... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.skysports.com/football/news/11095/10052...